Berita  |  Dunia

Tunjuk perasaan berterusan di Kashmir

Tunjuk perasaan berterusan di Kashmir
Satu insiden protes yang dianjur kumpulan pemisah di Kashmir memaksa pihak keselamatan yang dikuasai India melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan pada Sabtu. -Reuters
SRINAGAR: Satu insiden protes yang dianjur kumpulan pemisah di Kashmir memaksa pihak keselamatan yang dikuasai India melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan pada Sabtu.

Mereka yang merupakan penunjuk perasaan anti India melemparkan batu dan bom petrol ke arah tentera di Srinagar yang merupakan bandar utama di rantau tersebut.
Kashmir dikuasai dua negara iaitu India dan Pakistan.

Kumpulan pemisah di sana berjuang sejak 1989 bagi menuntut kemerdekaan dan menjadi sebahagian wilayah Pakistan.

Siri keganasan yang berlaku di sana pada tahun lalu telah mengorbankan lebih 200 anggota militan, 75 orang anggota polis dan hampir 40 orang tentera menjadikan angka korban paling dahsyat sejak 2010.