Berita  |  Dunia

Turki tolak tuntutan negara Arab

Turki tolak tuntutan negara Arab
Presiden Turki Reccep Tayip Erdogan menolak tuntutan negara Arab untuk menutup pangkalan tenteranya di Qatar.
Presiden Turki Reccep Tayip Erdogan menolak tuntutan negara Arab untuk menutup pangkalan tenteranya di Qatar.

Beliau menyifatkan tuntutan itu sebagai biadab dan menegaskan Turki tidak akan memohon kebenaran daripada negara lain dalam kerjasama pertahanannya.
Empat negara Arab yang memboikot Qatar telah menghantar 13 senarai tuntutan untuk menghentikan sekatan diplomatik terhadap negara itu.

Salah satunya ialah supaya Turki menutup pengkalan tenteranya di Doha, yang juga telah ditolak kerajaan Qatar.