Ramalan awal keputusan Pilihan Raya United Kingdom (UK) menyaksikan Parti Konservatif pimpinan perdana menteri Theresa May bermungkinan gagal mendapat majoriti di parlimen negara itu.

Keputusan itu dilihat berkemungkinan meletakkan politik negara itu dalam keadaan krisis dan melambatkan rundingan Brexit, iaitu usaha untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Keputusan awal setakat ini meramalkan Parti Konservatif dipimpin May menguasai 314 daripada 650 kerusi parlimen yang dipertandingkan.


BACA: [LAPOR LANGSUNG] UK Memilih 2017

Kegagalan mendapat majoriti itu bermakna Parti Konservatif perlu menbentuk gabungan dengan parti-parti kecil.

Parti buruh di tempat kedua dengan 266 kerusi parlimen.

Keputusan ramalan juga meletakkan Parti kebangsaan Scotland, menang 34 kerusi.

Sekiranya tiada parti menang mutlak, keputusan bakal menyaksikan parlimen tergantung.

Keputusan pilihan raya juga akan menentukan status rundingan Brexit dengan 27 negara anggota EU.

Kegagalan May menang majoriti juga menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan beliau sebagai pemimpin parti dan mungkin bermakna bakal berlaku pilihan raya kedua tahun ini.