Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson menunaikan tanggungjawabnya dengan membuang undi pada pilihan raya umum pada Khamis.

Pilihan raya kali ini disifatkan penting selepas berakhirnya perang dunia kedua.

Semestinya, Brexit yang sudah berulang kali ditunda mendominasi kempen parti politik negara itu.

Selain Brexit, antara isu yang turut menguasai landskap politik kali ini termasuk perkhidmatan kesihatan kebangsaan (NHS), isu kemiskinan serta migrasi.

Sebanyak 650 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.

Ketika ini, Parti Konservatif hanya memiliki 317 kerusi, tidak cukup untuk kekalkan majoriti mudah.

Pastinya persaingan sengit di antara Boris Johnson dan pemimpin parti pembangkang, Jeremy Corbyn.