United Kingdom (UK) akan mendapat 100 juta dos vaksin COVID-19 jika ujian yang dilakukan Oxford University berjaya.

Pada Ahad, kerajaan UK umumkan yang Oxford University telah tandatangani perjanjian perlesenan dengan syarikat farmaseutikal Astrazeneca untuk menghasilkan 100 juta dos.

Perjanjian dengan Astrazeneca ini dilakukan dengan sokongan kerajaan.

Ia adalah untuk penghasilkan dan perkomersialan vaksin Oxford.

Jika berjaya, 30 juta dos akan diberikan kepada UK seperti yang tertakluk dalam perjanjian itu.

UK akan mendapat akses pertama, namun menurut kerajaan, ia akan memastikan negara berpendapatan rendah akan turut beroleh akses kepada vaksin tersebut dengan harga yang rendah.

Menurut kerajaan UK, ketika ini ujian vaksin COVID-19 di Oxford University berjalan dengan baik.

Namun kerajaan UK memberi amaran biarpun dengan kajian dijalankan, masih tiada lagi jaminan vaksin itu akan ditemukan.

Dalam masa yang sama, kerajaan UK akan turut bekerjasama dengan saintis dan pakar kesihatan untuk mengenal pasti rawatan terbaik untuk pesakit COVID-19 dengan simptom.

Menurutnya ujian ini melibatkan enam jenis rawatan.

Menurut laporan Bloomberg, pandemik ini mewujudkan lebih 100 usaha di serata dunia untuk menghasilkan vaksin.

Wujud kekhuatiran yang negara pendapatan rendah ketinggalan dalam akses kepada vaksin ini.

Sebelum ini, syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi mencetuskan kemarahan selepas menyatakan Amerika Syarikat (AS) akan dapat akses pertama kepada vaksin yang dihasilkan.

Sanofi kemudian menyatakan semua orang akan mendapat akses kepada vaksin yang dihasilkannya.