SEPANG: Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan agar kajian dibuat terhadap fatwa yang melarang umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana kawasan itu termasuk dalam jajahan Israel, kata Pengerusi Jawatankuasa Program Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata cadangan itu merupakan antara 24 resolusi yang dicapai menerusi persidangan tiga hari bermula Jumaat lepas, dihadiri lebih 150 ulama Islam dari lebih 50 negara antaranya Indonesia dan Algeria.
"Orang Islam Al-Aqsa sangat memerlukan sokongan moral daripada orang Islam sedunia. Kita mengajak untuk menyemak kembali fatwa yang tidak menggalakkan umat Islam datang ke bumi Al-Aqsa atas alasan ia satu pengiktirafan diplomatik terhadap penjajahan Zionis.
"Dengan perkembangan semasa ketika umat Islam di Al-Aqsa memerlukan sokongan dunia, kita mengajak untuk dikaji semula fatwa itu berdasarkan kepada perubahan dan keadaan semasa," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam sempena sidang kemuncak itu di sini pada Ahad.
Mohd Khairuddin berkata sidang kemuncak itu turut bersetuju menerbitkan sebuah ensiklopedia khas berkaitan Palestin yang antara lain berfungsi memaparkan maklumat ilmiah berkaitan sejarah dan perjuangan Palestin.
Beliau berkata penerbitan ensiklopedia oleh para ulama juga amat perlu berikutan terdapat usaha untuk menyalurkan maklumat salah mengenai Palestin di peringkat dunia.
Resolusi lain termasuk menggalakkan penggunaan media sosial oleh masyarakat seluruh dunia untuk mendedahkan kezaliman Zionis Yahudi di bumi Palestin.
"Kita ajak rakyat guna media sosial semaksimum yang boleh untuk kita dedah kepincangan yang berlaku di Palestin atas dasar kemanusiaan," katanya.
Mohd Khairuddin juga berkata satu jawatankuasa yang dinaungi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu Palestin.
Beliau berkata jawatankuasa itu, yang berpangkalan di Kuala Lumpur, antara lain berfungsi secara khusus mengumpulkan semua kesatuan umat Islam sedunia di bawah satu bumbung dan pada masa sama, memastikan 24 resolusi yang diputuskan dalam persidangan tersebut dapat dicapai.
Persidangan itu dianjurkan oleh Yayasan MyAQSA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Mohd Khairuddin berkata, umat Islam di Al-Aqsa sangat memerlukan sokongan moral daripada orang Islam sedunia. - Foto REUTERS
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Ulama syor kaji fatwa larangan umat Islam ke Masjid Al-Aqsa
Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan agar kajian dibuat terhadap fatwa yang melarang umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana kawasan itu termasuk dalam jajahan Israel.
Malaysia rujuk ulama dunia tentang fatwa ambil vaksin, kata menteri
Zulkifli berkata, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.