BERIBU-RIBU rakyat Jepun berkumpul di pekarangan Istana Maharaja di Tokyo pada Sabtu bagi meraikan ulang tahun kelahiran Maharaja Akihito yang ke-84.

Maharaja Akihito diiringi permaisuri Michiko dan beberapa ahli kerabat diraja lain termasuk Putera Mahkota Naruhito dan isterinya, Puteri Masoko.

Menerusi acara berkenaan Maharaja Akihito berjanji akan menjalankan tugasnya sehingga baginda turun takhta.

Kerajaan Jepun pada awal bulan ini secara rasmi meluluskan pengunduran Maharaja Akihito pada 30 April 2019.

Tahun lalu, baginda pernah menyatakan hasratnya untuk turun takhta kerana faktor umur dan kesihatan.

Putera Mahkota Naruhito dijangka menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun sehari selepas pengunduran bapanya kelak.