RATU Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, menyambut ulang tahunnya yang ke-92 pada Sabtu.

Untuk menandakan peristiwa itu, akaun Twitter keluarga diraja Britain mendedahkan foto arkib Ratu Elizabeth sewaktu zaman mudanya bagi memberi penghormatan kepada perkhidmatan baginda sepanjang hayatnya kepada negara.

Menurut entri di Twitter '@RoyalFamily' berkenaan, satu majlis sambutan hari jadi Ratu Elizabeth juga akan diadakan di Royal Albert Hall pada Sabtu malam dengan menampilkan persembahan dari Sting, Shaggy dan Kylie Minogue.

Majlis itu akan disiarkan secara langsung di BBC TV dan radio.

Baginda juga mempunyai hari lahir rasmi pada Jun setiap tahun dan diraikan dengan perayaan tradisional yang dipanggil Trooping Colour serta perarakan ketenteraan.