Sambutan Syawal tidak memberi apa-apa makna kepada perang berpanjangan di Syria.

Tentera kerajaan meneruskan operasi melumpuhkan penguasaan Daish dengan menumpukan pada wilayah Deir el-Zour.

Video terbaharu didedahkan oleh Pusat Media Tentera Syria (SCMM) menunjukkan, serangan ofensif kereta kebal dan pelancar roket mensasarkan kumpulan militan al-Dolei'yat, bersempadan dengan wilayah Homs.



Ia merupakan sebahagian daripada misi menguasai semula kawasan strategik yang dikuasai pengganas Daish.

Setakat ini, tentera kerajaan dengan bantuan Rusia dan Iran telah menguasai lima bandar utama di negara itu.