Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengulangi gesaannya agar menteri yang lebih sibuk berpolitik menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014, agar mengundurkan diri daripada Kabinet Indonesia.
Peringatan tersebut disampaikan Presiden Indonesia itu semasa mesyuarat penyelarasan nasional persiapan Pemilu Presiden dan Naib Presiden di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul di Bogor, Selasa.
Susilo menegaskan sidang Parlimen Indonesia akan diadakan pada 14 Jun ini, dan pasa masa itu, beliau akan membentangkan laporan kerja dan tugas yang dilaksanakan oleh kementerian masing-masing.
"Kami sudah berikan penilaian, ada sejumlah menteri yang sudah mendapatkan penilaian dan catatan (masing-masing)," kata Susilo.
Menurut Presiden Indonesia itu, penilaian tersebut dilakukan agar jemaah menteri dapat memberi fokus dan menjalankan tugas di kementerian masing-masing dengan lebih baik.
Dalam pertemuan itu juga, Susilo berkata beliau akan menyampaikan peringatan agar menteri terbabit, mengundurkan diri jika merasakan tidak mampu lagi melaksanakan tugas di kementerian.
"Saya akan sampaikan ke para menteri, kalau memang tidak mungkin lagi urus kementerian atau masih ingin bergerak ke sana ke mari, saya persilakan supaya mengundurkan diri," kata Susilo yang juga Ketua Umum Parti Demokrat.
Sebelum ini, Presiden Indonesia itu sering mengingatkan jemaah menteri yang ingin fokus kepada politik supaya mengundurkan diri daripada Kabinet.
Berikutan itu, Gita Wirjawan mengundurkan diri sebagai Menteri Perdagangan kerana ingin fokus kepada proses Konvensyen Calon Presiden Parti Demokrat.
Selain itu, Hatta Rajasa juga meletak jawatan sebagai Menteri Penyelaras Perekonomian kerana bertanding sebagai naib presiden untuk berpasangan dengan Prabowo Subianto sebagai calon presiden.
Dalam Kabinet 'Indonesia Bersatu II', banyak menteri yang memegang jawatan penting dalam parti-parti politik dan mereka kini sibuk bagi menghadapi Pemilu Presiden, 9 Julai depan. -- Bernama
Bernama
Tue Jun 03 2014
Susilo Bambang Yudhoyono
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Mendiang Joseph Kurup sering ingatkan pemimpin tidak sombong
Seorang individu yang diberi mandat sebagai pemimpin seharusnya bersedia memikul amanah dengan baik serta tidak sombong dengan jawatan dipegang.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Tarif air domestik di Perak naik 5 sen mulai 1 Mei
Tarif baharu air bagi kategori domestik di Perak akan dinaikkan pada kadar 5 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Mei ini. Penetapan itu yang pertama selepas 18 tahun, jauh lebih rendah berbanding kadar purata 22 sen yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Pantau Belanjawan: Pacu pendapatan tinggi melalui FDI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata laporan daripada Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 (Amro) mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia baru-baru ini telah menonjolkan potensi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, dipacu oleh peningkatan dalam aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI). Bergerak ke hadapan, apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana serta menggerakkan usaha menjadi negara berpendapatan tinggi?
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.