Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari bandar-bandar berhampiran Parma di daerah Emilia Romagna di Utara Itali selepas dua tebing sungai di kawasan tersebut runtuh menyebabkan banjir besar.

Berdasarkan visual yang dirakam oleh pihak bomba yang membuat tinjauan udara menunjukkan air sungai yang melimpah memasuki kawasan hutan dan kediaman berhampiran .

Di bandar Lentigione, air banjir melimpah ke jalan-jalan dan ke kawasan kediaman pada pagi Selasa.

Setakat ini sekitar 1,000 orang telah dipindahkan dari bandar, sementara beberapa penduduk dilaporkan terkandas di bangunan kediaman masing-masing.

Pihak bomba masih bertungkus lumus mencari mangsa untuk diselamatkan di kawasan yang dinaiki air.