ANKARA :Penghantaran pertama vaksin yang dibangunkan oleh syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac dilaporkan tiba di Turki, selepas ditangguhkan selama dua minggu.

Sebuah pesawat yang membawa tiga juta dos vaksin CoronaVic itu mendarat di ibu negara, Ankara pada pagi Rabu.

Penghantaran pertama itu sepatutnya dijadualkan tiba pada 11 Disember lalu namun pihak berkuasa Turki melaporkan masalah berkaitan permit diikuti dengan kes COVID-19 yang direkodkan di kastam Beijing yang menyebabkan penghantarannya tergendala.

Untuk rekod, Turki menandatangani perjanjian untuk 50 juta dos vaksin yang mana negara itu memaklumkan kadar keberkesanan vaksin itu adalah 91.25 peratus berdasarkan kajian fasa akhir yang dijalankan di Turki.

Vaksin itu kini akan diperiksa oleh dua agensi kesihatan awam sebelum kerajaan memberikan kelulusan rasmi bagi program vaksinasi yang akan dimulakan dengan barisan petugas kesihatan.