CHINA National Biotec Group Co (CNBG) mengesahkan vaksin yang dibangunkannya mampu mencegah COVID-19 dalam 79.3 peratus mereka yag diuji, sekali gus membolehkannya memohon kelulusan untuk memulakan proses vaksinasi untuk kegunaan awam.  

Menurut satu kenyataan pada laman Beijing Biological Products Institute Co, data interim menunjukkan vaksin yang sudah diberikan kelulusan untuk kegunaan kecemasan di China itu, selamat dan individu yang menerima suntikan pada ujian percubaan vaksin menghasilkan antibodi yang tinggi.

Vaksin tersebut mencapai piawaian minimum keberkesanan sehingga 50 peratus yang ditetapkan oleh pegawal selia Amerika Syarikat bagi vaksin COVID-19 yang boleh digunakan untuk tujuan kecemasan.

Bagaimanapun, vaksin daripada Moderna Inc dan Pfizer Inc yang menggunakan teknologi canggih telah menghasilkan keputusan yang jauh lebih baik dengan mengurangkan kes COVID-19 tanpa gejala dengan lebih daripada 90 peratus keberkesanann pada ujian percubaan yang diadakan secara besar-besaran.

CNBG yang mengemukakan permohonan kepada pegawal selia China untuk vaksinnya pada bulan lalu, berkemungkinan akan menjadi pembangun vaksin pertama di luar Rusia untuk menyediakan vaksin buat kegunaan umum.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa China tekad untuk menjadi pemain utama dalam membekalkan vaksin kepada negara di serata dunia.

Namun, China berdepan dengan cabaran untuk menyakinkan kerajaan dan jutaan orang yang mungkin bergantung kepada vaksin tersebut untuk keselamatan dan keberkesanannya.

Kekurangan ketelusan jelas terbukti pada minggu lalu, apabila ujian percubaan untuk vaksin yang dihasilkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan keputusan yang mengelirukan berhubung tahap keberkesanannya untuk melindungi orang ramai daripada pandemik itu.