Berita  |  Dunia

Video reaksi seorang ibu terima berita anaknya hamil jadi viral

Video reaksi seorang ibu terima berita anaknya hamil jadi viral
Reaksi Glaswegian Cathy Hutcheon selepas mendapat berita anak perempuannya hamil.
KUALA LUMPUR: Video reaksi seorang ibu, Glaswegian Cathy Hutcheon selepas mengetahui anak perempuannya hamil selepas 11 tahun menjadi viral di laman sosial hari ini.

Memetik laporan Metro.Uk, anak perempuannya, Nicola difahamkan telah lama cuba untuk hamil dengan menjalani rawatan kesuburan dan rawatan IVF tetapi kebanyakannya didapati gagal.

Pasangan itu akhirnya mendapat berita yang dinanti – nantikan dari pakar perubatan mereka.
Sejurus selepas Nicola memberitahu ibunya bahawa dia mengandung, Cathy mula menjerit sebelum memeluk Nicola.

Reaksi Cathy itu berjaya dirakam oleh menantunya dan reaksi wanita itu dalam video tersebut memang tidak ternilai.

Menurut Nicola, ibunya bukan sahaja menjerit tetapi juga berlari keluar untuk mengumumkan berita gembira itu kepada jiran- jirannya.


Cathy dikatakan berlari keluar sambil menjerit, "Saya Cathy Hutcheon dan saya bakal menjadi nenek."

Menurut Cathy, dia sebenarnya tidak mengharapkan berita gembira itu kerana Nicola telah lama berhenti menjalani rawatan IVF.