VLADIMIR Putin memulakan kempen pilihan raya Presiden Rusia yang dijadual berlangsung Mac tahun ini dengan membuka ibu pejabat kempen di Moscow sebagai persediaan untuk mengekalkan kedudukannya sehingga 2024.
Putin yang mendahului pesaingnya dalam tinjauan pendapat akan memerintah selama 24 tahun jika dia terus dipilih sebagai Presiden, sekaligus menghampiri rekod Joseph Stalin yang memerintah Rusia selama 30 tahun.
"Kami tidak mahu membuat ramalan atau bercakap mengenai angka sokongan. Kami percaya bahawa dia (Putin) akan mencapai kemenangan dan kami akan melakukan segalanya untuk memastikan perkara itu,
"Cuma ketika ini kami tidak mahu terlalu fokus kepada ramalan," kata Sergei Kogogin, pengerusi bersama kempen Putin.
Suruhanjaya Pilihanraya Rusia merekodkan 64 pencalonan bagi mencabar jawatan Presiden pada 18 Mac ini.
Namun, hanya beberapa calon sahaja dijangka mendapat peluang mencabar Putin kerana mereka perlu mengumpul 300,000 tandatangan pengundi bagi menyokong pencalonan mereka menjelang akhir bulan ini.
BACA: Kejantanan Putin dicabar! Wanita pengikut Sufi ini mahu jawatan Presiden Rusia
BACA: Putin dicabar buat pertama kali dalam 18 tahun
Putin sebelum ini membentangkan visinya untuk memodenkan Rusia dan mensasarkan untuk menjadikan negara itu lebih muda dan bertenaga.
Malah, dia juga akan bertanding sebagai calon bebas, menjauhkan diri dari Parti Rusia Bersatu (United Russia) yang dilaporkan penuh dengan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertingginya.
Astro Awani
Wed Jan 10 2018
Putin berjaya mengumpul 300,000 tanda tangan pengundi yang menyokong pencalonannya. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Music Tribe pilih Malaysia sebagai lokasi pacu transformasi digital peringkat global
Pengumuman itu membuktikan Malaysia berupaya untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada syarikat antarabangsa.