Tutup

Berita  | Dunia

Wanita bawa janin kepada polis selepas perut ditendang 6 jahanam

Wanita bawa janin kepada polis selepas perut ditendang 6 jahanam
Tavasum bersama ahli-ahli keluarga tiba ke balai polis lima hari selepas kejadian dan mendakwa dia telah diserang secara ekstrem semasa pergaduhan di situ. - www.mirror.co.uk
NILAI kemanusiaan semakin hilang kepada segelintir masyarakat dunia.

Di luar pertimbangan akal, penganiayaan terhadap sesama manusia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Itulah yang terjadi di Agra, India apabila seorang wanita yang hamil telah ditendang perutnya tanpa rasa simpati oleh enam lelaki jahanam

Akibatnya, janin dalam kandungan keguguran.
Wanita malang itu, Tavasum membawa janin yang keguguran selepas perutnya ditendang oleh enam lelaki semasa majlis perkahwinan untuk perhatian pihak polis.

Tavasum yang kandunganya memasuki usia lima bulan diserang oleh saudara-saudaranya sendiri sewaktu pertikaian mengenai muzik yang dimainkan DJ semasa majlis perkahwinan.
Menurut laporan portal Mirror UK, Tavasum, 26, mendakwa, perutnya ditendang berulang kali oleh enam lelaki yang mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Menurut bapa mertua wanita itu, Manzur Ali, kejadian itu berlaku di majlis perkahwinan anak saudaranya, Salman.

Manzur berkata, dia menghadiri majlis itu bersama isterinya, Mehraz serta dua anak perempuannya Shenaz dan Shaheen dan anak lelaki, Imran bersama isterinya, Tavasum.

"Mereka menyerang keluarga saya dan menendang perut menantu perempuan saya sehingga menyebabkan keguguran," cerita Manzur mengenai kejadian itu.

Berdasarkan siasatan polis, suami Tavasum, Imran dan saudara-saudaranya bernama Adil dan Abdul turut terlibat dalam pertengkaran berkaitan muzik yang dimainkan oleh deejay pada majlis perkahwinan itu.

Ekoran itu, ketiga-tiga lelaki tersebut telah dibawa ke balai polis dan ditahan atas kesalahan mengganggu ketenteraman.

Lima hari selepas ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan, Tavasum yang ditemani ahli-ahli keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan mengenai serangan berkenaan.

Tavasum juga dilaporkan membawa sama janinnya yang keguguran ke balai polis itu sebagai sebahagian daripada laporannya.

"Keluarga mangsa telah membawa laporan perubatan janin tersebut dari sebuah hospital swasta di Agra, di mana mereka mendakwa bahawa selepas serangan itu mereka merawat mangsa tetapi kehilangan anaknya yang belum lahir.

"Kami akan menjalankan autopsi janin untuk mengesahkan tuntutan mangsa dan kemudian akan menangkap tertuduh,” katanya.


Tag: janin, hamil, serangan, gugur kandungan, mangsa, keluarga, ditendang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.