Seorang wanita di Colorado, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 100 tahun atas tuduhan cuba membunuh dan mencuri janin bayi.

Hakim Maria Berkenkotter berkata tertuduh, Dynel Lane, 36 tahun dikenakan hukuman paling maksimum atas jenayah yang dilakukannya pada tahun lalu.

Lane didakwa melakukan pembedahan cesarean terhadap seorang mangsa yang tidak dikenalinya dengan mengguna pisau dapur.

Berkenkotter juga berkata, mangsa iaitu Michelle Wilkins mendesak Lane untuk menyatakan kekesalan terhadap perbuatannya itu.

Bagaimanapun, Lane hanya mampu membalas tidak apabila hakim bertanyakan sama ada dia mahu menyatakan sebarang kenyataan.

Lane juga tidak membela dirinya semasa perbicaraan terhadapnya dilakukan, yang berakhir Februari lau.

Juri mendapati Lane bersalah kerana cubaan membunuh mangsa, selepas mengumpan Wilkins untuk masuk ke rumahnya bagi menjual pakaian-pakaian wanita mengandung.