Seorang wanita yang dipercayai telah dikebumi ketika masih bernyawa didapati cuba meronta keluar dari dalam kerandanya setelah dikebumi selama 11 hari, sebelum akhirnya mati semula.
Saudara-mara Rosangela Almeida dos Santos, 37, berkata wanita itu cuba untuk membebaskan dirinya dari keranda yang telah tertutup rapat dan dipaku, dan dari kuburnya yang dibina menggunakan konkrit.
Dalam video yang telah tular di Brazil, saudara-mara wanita itu bertungkus-lumus cuba menyelamatkan Rosangela berikutan aduan seorang yang terdengar suara jeritan di kawasan perkuburan di Riachao das Neves.
Mereka bagaimanapun hanya menemui jasad wanita itu yang sudah dalam kedudukan beralih dengan kapas yang disumbat di rongga kepalanya sudah tertanggal.
Tangan dan dahi Rosangela juga dikhabarkan berdarah, sebagai 'bukti' dia berusaha untuk membebaskan dirinya dengan menumbuk, mencakar dan menghantukkan kepala dari dalam keranda itu.
Cerita tersebut telah mendapat liputan pelbagai portal berita antarabangsa, namun masih banyak persoalan logik yang ditimbulkan mengenai kisah sebenar di sebalik kekecohan itu.
Sebelum pengebumian, semua orang menyangka Rosangela telah meninggal dunia akibat ‘kejutan septik’ selepas dua serangan kardiak. Pengebumiannya dibuat pada 28 Januari lalu.
Seorang saksi yang terdengar jeritan Rosangela selepas 11 hari pengebumian turut berkongsi kisah itu.
“Apabila saya berdiri di depan kuburnya, saya terdengar bunyi hentakan kuat dan berulang dari dalam.
“Mula-mula saya sangkakan ada kanak-kanak yang bergurau dengan saya di kawasan itu. Kemudian saya terdengar suara dengusan kuat,” kata Natalina Silva yang kemudian segera meminta bantuan.
Media tempatan melaporkan, terdapat 500 orang membanjiri kawasan itu ketika khabar itu tersebar, sebahagian cuba menukul struktur konkrit kubur Rosangela, manakala lebih ramai yang datang untuk melihat kejadian aneh itu.
Sejurus jasad Rosangela dikeluarkan, semua orang mahu menyentuhnya. Mereka mendapati suhu tubuh Rosangela masih hangat, namun dia sudah benar-benar tidak bernyawa.
Pihak polis dilaporkan menyoal siasat keluarga Rosangela termasuk mengumpul data klinikal daripada pihak hospital.
Semua orang di Brazil kini menunggu hasil siasatan itu. Semua tertanya-tanya - bagaimana seseorang yang belum meninggal dunia, boleh diisytihar mati hingga akhirnya kebumi sebelum waktunya?
Antara persoalan yang muncul adalah: Pada hari ke berapakah selepas pengebumian, Rosangela tersedar dan cuba untuk membebaskan dirinya? Jika benar dia tersedar sejurus dikebumi, bukankah agak mustahil untuk seseorang terus bernyawa selama 11 hari dalam situasi sebegitu?
Apa pula pandangan anda?
Agensi
Sun Feb 18 2018
Jasad Rosangela meronta dari dalam keranda yang dikepung binaan kubur konkrit. - Media sosial/The Sun
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Wanita disangka mati dikebumi, cuba meronta keluar dari kubur selama 11 hari
Saudara-mara Rosangela Almeida dos Santos, 37, berkata wanita itu cuba untuk membebaskan dirinya dari keranda yang telah tertutup rapat dan dipaku.