Seorang wanita dituduh membunuh kekasihnya ketika mengadakan hubungan seks dan menggunakan mayat kekasihnya itu dalam “upacara memuja syaitan.”

Anastasia Beloshapkina, 22, didapati bersalah atas tuduhan membunuh selepas polis menemukan mayat kekasihnya, Dmitry Sinkevich dengan alat kelamin terputus.

Pembunuhan itu dipercayai dilakukan bagi memenuhi sebahagian daripada upacara pengorbanan ritualistik syaitan.

Mangsa, Sinkevich, 24, merupakan bekas pegawai polis yang bekerja sebagai pelayan bar.

Mayat Sinkevich dikerat kepada beberapa bahagian pada hari sama.

Selain melakukan pembunuhan, wanita itu juga disabitkan dengan kesalahan "menyalahgunakan mayat si mati."

Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh memotong bibir kekasihnya dengan pisau, mengoyak pipi serta mengerat anggota badan, tangan dan jari kaki.

Malah, dia turut mengaku menyimpan anggota badan yang dipotong di dalam peti sejuk dan menggantung anggota lain di dalam kediamannya.

Mahkamah turut diberitahu bahawa mangsa dibunuh ketika pasangan kekasih itu sedang melakukan permainan “seks kasar" di flat mereka di bandar Oryol, Rusia.

Jiran mereka juga mendakwa pasangan itu adalah peminat aktiviti BDSM dan memberitahu terdapat beberapa imej syaitan di laman sosial mangsa.

“Mereka sering buat bunyi bising. Mereka juga selalu mengadakan aktiviti seks beramai-ramai.

"Saya dan jiran lain turut membuat aduan,” kata seorang jiran pasangan tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan bahawa tertuduh Beloshapkina dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas kesalahannya.