PEMERIKSAAN kesihatan telah dijalankan ke atas seorang wanita dari Arizona yang berada dalam keadaan koma selama lebih 10 tahun, kira-kira sembilan bulan sebelum dia melahirkan seorang bayi Disember lalu.

Laporan bertarikh 16 April tersebut, yang mengandungi keputusan pemeriksaan fizikal, telah diserah oleh ibu kepada wanita berusia 29 tahun itu kepada pihak berkuasa.

Dalam laporan tersebut, doktor yang memeriksa wanita koma itu, yang ditempatkan di pusat penjagaan Hacienda HealthCare di Arizona, mendapati tiada sebarang perubahan pada tahap kesihatannya.

Wanita tersebut melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Disember lepas.

Doktor pakar sakit puan pula berkata, ada kemungkinan wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan kerana berada dalam keadaan koma.

Namun, polis di Phoenix kini sedang mengumpul sampel DNA dari semua petugas lelaki di pusat tersebut bagi membantu siasatan.

Laporan yang dipetik daripada Reuters awal tahun ini menyatakan wanita tersebut koma akibat insiden lemas dan polis telah melancarkan siasatan kemungkinan keganasan seksual telah berlaku.

BACA: Siapa ayahnya? Gempar wanita koma 10 tahun tiba-tiba hamil dan bersalin

Bapa kepada bayi tersebut turut dijejaki.