SEORANG profesor wanita dari Wheaton College, Amerika Syarikat iaitu sebuah kolej Kristian tidak takut dengan tindakan disiplin yang bakal diterimanya kerana memakai hijab untuk kempen solidariti pelbagai agama.

Menurut CNN.com, Larycia Hawkins yang bertindak untuk memakai hijab walaupun beragama Kristian diletakkan di bawah cuti pentadbiran sejak 15 Disember dan menerima notis disiplin.

“Wheaton College tidak boleh menakutkan saya dan untuk menidakkan kebenaran bahawa orang Islam adalah saudara saya dan saya terpanggil untuk bersama mereka dalam penindasan mereka.

"Wheaton College mengajar ilmu liberal dengan baik tetapi saya tertanya bagaimana Wheaton College menjaga pekerjanya yang berani untuk mencabar pelajar dan rakan-rakan untuk berdiri teguh bersama mereka yang bukan beragama Kristian,” katanya, dipetik dari CNN.com.

Tambah beliau, “senario terbaik” yang diberikan oleh pihak kolej adalah tempoh dua tahun perbincangan tentang implikasi teologi berikutan catatan Facebook beliau dan impak memakai hijab.

“Dalam tempoh dua tahun itu, perkhidmatan akan ditamatkan dan perbincangan untuk kembali bekerja akan ditentukan setelah tempoh itu tamat,” katanya lagi.

Catatan beliau mengenai pandangannya tentang persamaan antara agama Islam dan Kristian dikongsi pada 10 Disember iaitu beberapa hari selepas serangan di San Bernardino, California yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang.

I don't love my Muslim neighbor because s/he is American.I love my Muslim neighbor because s/he deserves love by...

Posted by Larycia Alaine Hawkins on Thursday, December 10, 2015

BACA: 14 terbunuh dalam insiden tembakan di California

Militan Daish (IS) mengaku pasangan suami isteri yang terlibat dalam kes itu merupakan pengikut kumpulan mereka.

Selepas itu, umat Islam di Amerika Syarikat terus menjadi sasaran Islamophobia, termasuk kenyataan calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan Donald Trump yang menggesa supaya umat Islam tidak dibenarkan memasuki AS.

BACA: Donald Trump gesa umat Islam dihalang memasuki Amerika Syarikat