SEORANG wanita maut apabila sebuah kren di tapak pembinaan tumbang dalam kejadian ribut kencang di Dallas, Amerika Syarikat pada Ahad.

Menurut jurucakap bomba, Jason Evans, tujuh mangsa lain dilaporkan cedera, dengan dua daripada mereka parah.

“Kren tersebut jatuh di atas bangunan perumahan lima tingkat. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Parkland bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Mayat mangsa dijumpai di bawah timbunan batu-bata selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Bagaimanapun, laporan awal tidak dapat memastikan sama ada masih ada lagi mangsa yang cedera atau maut,” katanya dalam satu sidang media.

 Punca sebenar kren itu jatuh masih dalam siasatan, namun laporan awal menyebut angin kencang punca kren itu jatuh. Foto: AP

Punca sebenar kren itu jatuh masih dalam siasatan, namun laporan awal menyebut angin kencang punca kren itu jatuh.

Salah seorang mangsa, Kevin Collins yang juga saksi kejadian bersyukur hanya alami kecederaan ringan tetapi masih terkejut dengan insiden yang berlaku di depan mata.