Berita  | Dunia

Wanita maut dihempap tingkap hotel tertanggal

Wanita maut dihempap tingkap hotel tertanggal
Menurut sumber polis, tingkap tersebut sedang dicuci sebelum ia tercabut dan jatuh mengenai mangsa. -Foto Agensi
HONG KONG: Seorang wanita warga China berusia 25 tahun maut di tengah kesibukan lokasi popular di bandar Hong Kong selepas dihempap tingkap sebuah hotel yang jatuh dari tingkat 16.

Menurut laporan South China Morning Post, mangsa tiba pada pagi Isnin dari Fashan, Guangdong dengan teman lelaki dan rakan-rakannya, sedang berjalan di Nathan Road sebelum tragedi itu berlaku pada 10:30 pagi.

Nathan Road merupakan pusat membeli belah yang popular di Hong Kong di daerah, Tsim Sha Tsui.
Mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth in Yau Ma Tei namun disahkan meninggal dunia pada jam 12.16 tengah hari waktu tempatan.

Menurut sumber polis, tingkap tersebut sedang dicuci sebelum ia tercabut dan jatuh mengenai mangsa.

Pekerja hotel wanita berusia 38 tahun difahamkan ditahan polis untuk siasatan.

Kejadian yang berlaku di waktu puncak di Hong Kong itu melibatkan hotel The Mira, yang menjadi terkenal selepas ia menjadi tempat penginapan Edward Snowden.

Snowden merupakan pembocor maklumat Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) yang menginap di hotel tersebut selama tiga minggu sebelum mendapat perlindungan di Moscow. - Agensi

Tag: Maut dihempap Tingkap, Hong Kong, The Mira, Edward Snowden, Tsim Sha Tsui


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.