MUNGKIN kejadian ini agak janggal tetapi inilah yang berlaku di sebuah kampung di Goarakhpur, India.

Seorang wanita maut setelah tidak sengaja duduk di atas dua ular yang sedang mengawan.

Kejadian berlaku di dalam bilik wanita itu sendiri apabila mangsa sedang leka berbual dengan suaminya menerusi telefon.

Mangsa yang dikenali sebagai Gita tidak sedar keberadaan dua ular itu di atas katilnya.

Ketika menghubungi suaminya, mangsa secara tidak sengaja terduduk di atas ular yang sedang mengawan lalu dipatuk haiwan berbisa itu.

Gita yang rebah dan tidak sedarkan diri dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital berdekatan.

Jelas ahli keluarga dan jiran, ketika pulang ke bilik mangsa, mereka mendapati dua ular itu masih mengawan di atas katil.

Ular berbisa itu akhirnya mati dipukul jiran mangsa.

Menurut pihak berkuasa, cadar katil Gita yang mempunyai corak menjadi punca Gita tidak perasan kehadiran dua haiwan berbisa itu.