SEORANG wanita berusia 28 tahun dengan ketinggian hanya 83 sentimeter bimbing dia tidak akan rasa alam perkahwinan kerana sering disangka seorang kanak-kanak.

Santosh Kumari, yang berasal dari satu perkampungan terpencil di Madhya Pradesh, India, lebih kecil daripada kanak-kanak berusia empat tahun kerana simptom kerdil (dwarfism) yang di alaminya.

Ramai menyangka Kumari, yang bekerja sebagai tukang jahit, seorang kanak-kanak disebabkan saiznya, lapor portal berita Daily Mail.

“Saya telah menerima takdir diri saya bahawa mustahil untuk saya membesar lebih tinggi atau dapat berkahwin.

“Apa yang saya mahukan adalah untuk terus hidup gembira dan mengasah kemahiran jahitan saya sehingga saya mampu membuka sebuah kedai sendiri.

"Buat masa ini saya hanya menjahit di rumah tetapi saya ingin mempunyai kedai sendiri," kata Kumari.

Kumari turut menyatakan bahawa dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan penduduk kampung.

Namun semasa dia masih kanak-kanak, dia sering diejek rakan-rakan.

“Ramai orang selalu datang pada saya untuk tempahan baju dan berbincang tentang fesyen terkini, saya seronok dengan perhatian yang diberikan tetapi saya tidak mempunyai ramai kawan.

"Rata-rata wanita sebaya dengan saya di kampung ini telah berkahwin atau bakal berkahwin tapi saya sedar saya tak mampu melakukan sedemikian.

“Saya amat mahukan teman hidup tapi saya tidak mengharap akan menemuinya kerana saya terlalu rendah dan tiada siapa mahukan saya,” kata Kumari.