Seorang wanita mendapat kejutan paling menakutkan dalam hidupnya, apabila beliau bangun dari tidur dan mendapati sedang berkongsi katilnya dengan seekor ular sepanjang 90 sentimeter.

Ular sawa itu yang dipercayai seekor haiwan peliharaan yang terlepas, melingkar di sebelahnya ketika beliau sedang tidur di flatnya di Kensington, kawasan barat London, baru-baru ini.

Wanita itu bergegas keluar dari biliknya dan menelefon Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (RSPCA) tetapi ular tersebut menyelinap keluar sebelum mereka tiba.

Ular yang tidak berbahaya itu akhirnya ditangkap di dalam flat keesokan harinya oleh pegawai Jill Sanders.

RSPCA menyatakan ia tidak tahu bagaimana ular itu masuk ke dalam flat tetapi percaya ia adalah milik seseorang yang tinggal berdekatan.

"Reptilia, terutamanya ular, boleh meloloskan diri dengan sangat baik dan akan mengambil peluang sekiranya ada pembukaan kecil pada pintu atau penutup yang longgar," tambah Sanders. - Agensi