Peserta dari Tunisia menyeru tentang pembebasan Palestin sewaktu beliau memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah yang dianjurkan di Indonesia semalam.
Penganjuran yang jauh berbeza daripada pertandingan ratu cantik acuan Barat itu menyaksikan penyertaaan 18 finalis, termasuk yang berkerjaya sebagai doktor dan saintis komputer, yang mempamerkan pakaian yang indah dan santun.
Saintis komputer, Fatma Ben Guefrache telah diumumkan sebagai pemenang dan melayakkannya menerima hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas, dan pakej umrah ke Mekah.
"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini, dan membebaskan Palestin. Tolonglah, tolonglah, bebaskan rakyat Palestin dan Syria,” ujarnya yang berusia 25 tahun dalam nada sebak.
Kesemua peserta pertandingan itu perlu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah para pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan tentang Islam dalam dunia moden.
"Kami mahu mereka memahami segalanya tentang cara hidup Islam, dari sumber yang mereka makan, pakai dan cara menjalani kehidupan," ujar salah seorang penganjur, Jameyah Sheriff.
Anugerah Muslimah Sedunia pernah menarik perhatian dunia buat kali pertama pada tahun 2013 apabila pihak penganjur menjayakannya sebagai bantahan terhadap acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa yang sama di Bali.
Walaupun acara Ratu Cantik Dunia popular di beberapa buah negara, ia sering mendapat kritikan kerana dikatakan merendahkan maruah wanita khususnya apabila terdapat syarat memperagakan bikini.
Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang wapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di Yogyakarta, Pulau Jawa. Ia sebagai tanda bahawa orang Islam menghormati penganut agama-agama lain, kata penganjur.
Acara tersebut bagaimanapun berdepan beberapa cabaran awal seperti peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut, peserta yang terlepas menaiki penerbangan dan tujuh finalis yang akhirnya terpaksa membatalkan penyertaan kerana masalah visa.
AFP
Sat Nov 22 2014
Fatma Ben Guefrache diumumkan sebagai pemenang dan melayakkannya menerima hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas, dan pakej umrah ke Mekah. - Gambar AFP/Adek Berry
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Wanita Tunisia menang ratu cantik Muslimah, seru pembebasan Palestin
Penganjuran yang jauh berbeza daripada pertandingan ratu cantik acuan Barat itu menyaksikan penyertaaan 18 finalis, termasuk yang berkerjaya sebagai doktor dan saintis komputer.