Seorang warga Filipina mencipta sebuah kenderaan dron yang disifatkannya mewakili masa depan pengangkutan.
Bekas penari dan pengendali kamera, Kyxz Mendiola mereka cipta pesawat yang mampu membawa seorang penumpang yang dinamakan sebagai ‘Koncepto Milenya’ yang dapat terbang setinggi 6.1 meter (20 kaki) dengan kelajuan 60 kilometer sejam.
Ujian pertama itu berjaya menerbangkan rekaannya dalam masa 10 minit menggunakan 'multicopter' yang biasa digunakan pada pesawat kecil tanpa pemandu.
"Ia luar biasa, semua kerja keras telah selesai, semuanya berjalan dengan sempurna," kata Mendiola kepada Reuters selepas dia berjaya menjalankan ujian penerbangan sulung untuk ciptaannya.
Mendiola berkata dia mengambil masa yang lama untuk mencari dana bagi membeli komponen yang dikuasakan enam bateri lithium-ion dengan pengawal frekuensi radio mudah alih.
"Tekan butang dan ia akan naik, kemudian tolak pedal ke depan, ia bergerak ke hadapan. Ia sangat pintar, itulah sebabnya saya mengatakan ia mempunyai banyak potensi," kata Mendiola.
Mesin yang boleh membawa sehingga 100 kilogram itu boleh menjimatkan masa bagi perjalanan di bandar-bandar sesak seperti Manila yang ‘lumpuh’ oleh masalah lalu lintas yang kronik.
"Apabila kita perlu pergi ke sesuatu tempat kira-kira sejam, kenderaan ini boleh membawa anda ke sana dalam masa lima minit," katanya.
Ciri keselamatan yang ditambah ialah 16 motor berputar yang membolehkannya tetap terbang, walaupun satu atau dua motor gagal berfungsi, katanya.
Syarikat Australia, Star8, bekerjasama dengan Mendiola untuk membangunkan kenderaan itu selepas video yang memaparkannya menjadi viral di media sosial.
Astro Awani
Thu Sep 27 2018
Kyxz Mendiola merekacipta mesin kecil yang mampu membawa satu penumpang yang dinamakannya Koncepto Milenya.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.