Liputan secara langsung mempunyai pelbagai cabaran tersendiri dan wartawan kadangkala sanggup meredah bahaya bagi memberi gambaran sebenar di lokasi kejadian.

Baru-baru ini, rakaman memaparkan kegigihan seorang wartawan Pakistan melaporkan situasi banjir meraih perhatian warga media sosial.

Dalam rakaman video yang dikongsi atas talian, seorang wartawan G-TV News, Azadar Hussain membuat liputan mengenai kenaikan paras air Sungai Sind, di wilayah Punjab dalam keadaan dirinya berada dalam air hingga ke paras leher.

Agensi G-TV News berkata, wartawannya itu menggadai nyawa demi menjalankan tugasnya menyampaikan berita.




Tindakan Azadar bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, ada yang menganggapnya berani tidak kurang juga yang berpendapat dia tidak seharusnya membahayakan nyawa sendiri.