Seorang wartawan Pakistan, yang terkenal kerana mengkritik pentadbiran tentera negaranya mendedahkan, dia berjaya melarikan diri dari diculik lelaki bersenjata dalam insiden yang berlaku beberapa bulan selepas dia memperlekehkan perkhidmatan keselamatan.

Taha Siddiqui, yang bertugas di France 24 dan Ketua Biro, televisyen India, WION berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan menaiki teksi.

“Saya dalam perjalanan ke lapangan terbang kira-kira jam 8.20 pagi, ketika 10-12 lelaki bersenjata memberhentikan teksi dan cuba menculik saya. Saya berjaya melarikan diri. Selamat dan bersama polis sekarang,” jelas Siddiqui menrusi twitternya.

Dia pada masa sama meminta sokongan ramai dalam apa jua cara sambil menggunakan #StopEnforcedDisappearances.

Sejak tahun lalu, kumpulan hak asasi mengecam penculikan beberapa aktivis media sosial yang disifatkan sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan pengkritik terhadap penubuhan keamanan Pakistan.

Tahun lepas, lima blogger Pakistan dilaporkan hilang beberapa minggu sebelum empat daripada mereka dibebaskan.

Kesemua empat blogger itu melarikan diri ke luar negara dan kemudian memberitahu media bahawa mereka disiksa oleh agensi perisikan negeri semasa ‘kehilangan’ mereka itu.

Tentera bagaimanapun menafikan penglibatan mana-mana anggotanya terhadap kehilangan itu.