White House ditutup serta merta selepas seorang pemandu merempuh penghadang keselamatan di perkarangan bangunan pentadbiran itu.

Ketika kejadian, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang menerima kunjungan rasmi daripada Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.

Pemandu wanita yang tidak diketahui identitinya segera ditahan oleh pegawai perkhidmatan rahsia AS.


Walaupun wanita terbabit telah ditahan, pegawai terus menutup perkarangan White House dan kawalan keselamatan dipertingkatkan.


Tiada tembakan dilepaskan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.