Kritikan terhadap perjanjian nuklear Iran hanya akan memusnahkan reputasi Amerika Syarikat di mata dunia.

Itu tegas Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang mahu seluruh warga negara Uncle Sam itu memahami objektif utama di sebalik perjanjian berkenaan.

Kerry meneruskan jelajahnya ke Philadelphia dalam usaha meyakinkan kongres bagi menyokong keputusan bersama kumpulan P5 + 1 itu.

Dalam ucapannya di Pusat Perlembagaan Kebangsaan, Kerry menjelaskan perjanjian itu sebagai jalan terbaik menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear.

Tanpa perjanjian ini, Iran mampu menggandakan operasi pengemparannya dalam tempoh singkat dan memberinya peluang untuk berkembang dengan rekabentuk lebih efisyen. Menerusia perjanjian ini operasi berkenaan akan dikurangkan sebanyak dua pertiga untuk tempoh 10 tahun.

Jelas Kerry berusaha menyakinkan Iran bukan hanya dipikul Amerika sebaliknya membabitkan rundingan pelbagai pihak dan memakan masa panjang sebelum dipersetujui negara teluk itu.

Jika kita katakan kepada Iran 'lupakan perjanjian itu kita kembali kepada asal' bagaimana perasaan rakan dan mereka yang terbabit menjayakan perjanjian ini? Bagaimana pula pihak yang terlibat membawa Iran ke meja rundingan?

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kini mampu menarik nafas lega selepas Senator Barbara Mikulski menjadi anggota senat ke-34 yang menyatakan sokongan kepada perjanjian berkenaan.

Sekaligus melengkapkan jumlah undi minimum yang diperlukan Obama bagi menggagalkan resolusi republikan menolak perjanjian berkenaan.