Pekerja sibuk mendirikan tanda jalan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dibuka Baitulmaqdis pada 14 Mei ini, langkah yang dianggap bersejarah oleh rejim Zionis tetapi dibantah keras penduduk Palestin.

Mereka mendirikan papan tanda bertulis ‘Kedutaan AS’ dalam bahasa Hebrew, Arab dan Inggeris sekitar lokasi, kini bangunan konsular AS, di kawasan penempatan Arnona di bandar raya itu.

Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu dan memindahkan kedutaanterletak di Tel Aviv ke Baitulmaqdis bulan ini.

Kedutaan akan dirasmikan Isnin depan, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan negara haram Yahudi, Israel. - Sumber Agensi