Ketika beribu-ribu orang daripada etnik Rohingya melarikan diri dari Negeri Rakhine untuk menyelamatkan diri daripada keganasan, masyarakat Islam di seluruh Myanmar turut dikenakan penindasan dalam bentuk lain, termasuk pengwujudan 'zon bebas Muslim'.
Dalam laporan yang diterbitkan Burma Human Rights Network (BHRN), pertubuhan bebas itu mendakwa sejak keganasan tercetus pada 2012, jumlah 'zon bebas Muslim' semakin meningkat di negara ini.
"BHRN telah mendokumentasi kewujudan sekurang-kurangnya 21 buah kampung di seluruh negara apabila penduduk setempat, dengan kebenaran pihak berkuasa, mendirikan papan tanda amaran kepada masyarakat Islam supaya tidak memasukinya (zon bebas Muslim)," kata pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan itu, Kyaw Win, ketika membentangkan laporan BHRN di sini baru-baru ini.
Sebelum 2012, terdapat beberapa buah bandar di Myanmar yang menguatkuasakan larangan khusus kepada masyarakat Islam, iaitu Negeri Rakhine dan Negeri Kayin, tetapi jumlah itu semakin meningkat di seluruh negara sebagai respons kepada kisah yang menggambarkan komuniti itu sebagai suatu ancaman.
Keganasan pada 2012, menurut laporan itu, mencetuskan peningkatan usaha di kalangan nasionalis Buddha untuk menentukan siapa yang berasal dari Burma (Myanmar) dan siapa yang tidak.
"Pengusiran masyarakat Islam daripada perkampungan Buddha kelihatan seperti didorong oleh tanggapan bahawa kehadiran masyarakat Islam, di dalam negara secara keseluruhan dan di dalam persekitaran setempat, melunturkan kekuatan Buddhisme dan oleh itu merupakan ancaman," menurut laporan itu.
Dalam laporan berkenaan, BHRN turut menyertakan gambar zon bebas Muslim seperti di kawasan perbandaran Oak Tadar Block Yatsauk di Negeri Shan dengan papan tanda yang memberi amaran kepada masyarakat Islam supaya tidak bermalam, membeli atau menyewa hartanah dan mengahwini penduduk tempatan, di negeri berkenaan.
Laporan itu turut menunjukkan gambar papan tanda memaparkan amaran dan larangan serupa kepada masyarakat Islam, antaranya di perkampungan Botaesu, kawasan perbandaran East Yaytarshae di Pegu, Kyike Htaw Waterfall Gates di negeri Karen, dan kawasan perbandaran Shwe Nyaung serta Taunggyi di Negeri Shan.
Papan tanda dengan slogan anti-Muslim turut muncul di seluruh Myanmar, dengan amaran, "jangan beri Harimau makan dan jangan beri ruang kepada Kalar (Muslim). Jika kamu beri Harimau makan, ia akan memakan kamu."
Menurut BHRN, kempen peringkat akar umbi di Myanmar untuk menjarakkan penganut Buddha dan Islam semakin memuncak manakala kerajaan pula gagal bertindak.
Laporan itu disediakan berdasarkan lebih 350 temu bual yang dikendalikan oleh BHRN bagi tempoh lapan bulan, dengan keterangan dikumpul daripada individu di lebih 46 bandar dan kampung di seluruh negara, dari Negeri Karen di timur sehingga ke Negeri Rakhine di barat, dan di seluruh bahagian tengah Myanmar.
Laporan itu juga berdasarkan keterangan yang dikumpul BHRN sejak Mac 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
Foto bertarikh 13 Julai ini menunjukkan polis sempadan Myanmar berkawal di Buthidaung, utara Rakhine. - Reuters
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Khamis
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
'Zon bebas Muslim' meningkat di Myanmar, dakwa BHRN
Dalam laporan yang diterbitkan Burma Human Rights Network (BHRN), pertubuhan bebas itu mendakwa sejak keganasan tercetus pada 2012, jumlah 'zon bebas Muslim' semakin meningkat di Myanmar.