Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kewangan (MoF) untuk menggunakan baki dua hari lagi untuk memberi penjelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kementerian itu juga perlu segera mengemas kini senarai barangan serta perkhidmatan berkaitan supaya pengguna tidak tertipu oleh penjual apabila GST berkuatkuasa nanti.
"Kita desak MoF segera dalam tempoh dua hari lagi untuk permudahkan pejelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung GST.
"Barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST perlu dikemaskini dan diperincikan supaya pengguna tidak tertipu oleh penjual. Jika ia berlaku, pasti keadaan akan menjadi kelam kabut," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas keresahan dan kegusaran orang ramai menjelang pelaksanaan GST Rabu ini.
Sebelum ini, Restoran Oldtown White Coffee telah memuat naik paparan contoh kiraan harga baharu makanan dan minuman mereka selepas pelaksanaan GST.
Paparan itu sekali gus mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang mempersoalkan mengenai ketelusannya.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai paparan harga tersebut berkata caj perkhidmatan tidak semestinya diletakkan pada kadar 10 peratus.
Dalam pada itu kata Khairul Azwan, rakyat kini sudah mulai faham dan menerima kebaikan sistem GST ini.
"Cuma rakyat masih dalam kegelapan yang mana barang dan perkhidmatan dikenakan GST atau dikecualikan," ujarnya.
Sebelum ini, MoF mengeluarkan kenyataan untuk menambah lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan GST.
Wan Syamsul Amly
Sun Mar 29 2015
MoF digesa untuk menggunakan baki dua hari lagi untuk memberi penjelasan kepada pengguna yang bakal menghadapi pelaksanaan GST. -Gambar fail
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.