Tutup

"1000/100!" - Wow! Sangkar terbukti berjaya pukau penonton sehingga...

"1000/100!" - Wow! Sangkar terbukti berjaya pukau penonton sehingga...
Hubungan watak yang dipegang oleh Zul Ariffin (Adam) dan Mira Filzah (Lea) juga digemari penonton!
FILEM terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar telah berjaya menarik lebih ramai penonton untuk menontonnya di pawagam!

Berdasarkan tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata penonton sangat berpuas hati dengan kualiti filem Sangkar dari pelbagai aspek.

Perkara itu dizahirkan sehingga ada yang memberi markah 1000 per 100, malah ada juga yang telah menontonnya buat kali kedua!

Selain itu, hubungan watak yang dipegang oleh Zul Ariffin (Adam) dan Mira Filzah (Lea) juga digemari penonton!


Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama, motivasi dan banyak lagi.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!


Tag: Kabir Bhatia, Zul Ariffin, Malaysian Medical Association, Mira Filzah, Mixed Martial Arts, Malaysia, MMA



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.