ANGGOTA kumpulan K-pop BTS semakin menghampiri kekayaan berganda apabila syarikat rakaman mereka, Big Hit mengumumkan akan mengapungkan ekuiti syarikat itu di pasaran saham.
Bukan sahaja tawaran awam permulaan (IPO) Big Hit bakal menjadi yang terbesar dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini di Korea Selatan, malah semua tujuh anggota BTS bakal memperoleh lebih AS$55 juta atau AS$8 juta untuk setiap anggotanya, apabila saham itu disenaraikan kelak.
Ia bersamaan 68,385 unit saham untuk setiap seorang anggotanya.
IPO berkenaan bakal meletakkan Big Hit pada nilai AS$4 bilion.
Malah penganalisis Sung Jun-won dari Shinhan Investment Corp berpendapat, penyeneraian ini tetap kena pada masanya walaupun COVID-19 menjejaskan konsert jelajah dunia yang sudahpun dirancang.
'Ia kena pada masanya (walaupun berhadapan dengan COVID-19). Penundaan konsert menyebabkan album semakin laris dan BTS juga semakin popular," jelasnya kepada Bloomberg.
Pemilik Big Hit, Bang Si-hyuk pula dilaporkan bakal memperoleh sehingga AS$1.4 billion selepas penyenaraian kelak.
Bagaimanapun ia bergantung kepada harga akhir yang akan diumumkan pada 28 September ini.
Si-hyuk mempunyai 43 peratus pegangan dalam syarikatnya, sementara 25 peratus dipunyai oleh syarikat permainan Netmarble Corp.
Si-hyuk memulakan syarikat rakamannya pada 2005 selepas berjaya menempa nama sebagai penerbit musik terkenal bersama JPY Entertainment Corp.
Walaupun hampir muflis, Big Hit berjaya bangkit apabila kumpulan '8Eight' mula mengecapi populariti kalangan peminat tempatan.
Potensi Big Hit sebagai syarikat rakaman tersohor dunia pula terserlah dengan kemunculan BTS pada 2013 dengan album '2 Cool 4 Skool' yang berjaya meraih Anugerah Muzik Billboards pada 2017.
Single terbaharu BTS "Dynamite" pula menjadi lagu nombor satu di carta Billboard Hot 100 Ogos lalu.
Carian di Internet menunjukkan nilai kekayaan anggota BTS pada 2020 mencecah AS$60 juta.
Shafizan Johari
Sat Sep 26 2020
Kesemua anggota kumpulan BTS bakal meraih kekayaan berganda apabila syarikat rakaman mereka, Big Hit mengumumkan akan mengapungkan ekuiti syarikat itu di pasaran saham.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.
'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters
Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.
Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify
Muzik video nyanyian penyanyi berusia 26 tahun itu turut meraih jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini
J-Hope merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.
Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA
Suga menyampaikan rasa teruja dengan menyifatkan pemilihannya sebagai mimpi menjadi kenyataan.