SELEPAS memuat naik foto Outfit of The Day (OOTD) ketika sambutan Hari Raya yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), kini memuat naik pula foto OOTD ketika menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

BACA: OOTD KJ Curi Perhatian Netizen

KJ memuat naik foto tersebut di laman Twitter miliknya, @khairykj.

Menariknya, KJ membahasakan dirinya dengan nama panggilan 'Abah'.

"Abah balik kerja naik MRT hari ini. Ambil kesempatan OOTD poyo. Memang MRT kita world class. #JomNaikMRT," tulis KJ.

Menerusi laman Instagram, KJ turut memuat naik foto dan video pengalamannya menaiki MRT menerusi ruangan Instagram Stories.

"Beating rush hour traffic on the MRT," tulis KJ di video tersebut.

KJ dilihat sentiasa mengikut trend semasa golongan belia agar dapat berjalan seiring dengan mereka.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

BACA: KL2017; KJ Tak Bimbang Stadium Kosong

BACA: Miliki Anak Autisme, KJ Tak Bezakan Kasih Sayang Dengan Anak Normal