MESKIPUN sudah menjadi pelakon utama filem Ola Bola, namun pengarah Puan Sri Tiara Jacquelina akui bintang utama filem tersebut perlu menjalani uji bakat seperti pelakon baru yang lain untuk Ola Bola The Musical.

Tiara memberitahu kebolehan pelakon di layar perak tidak sama apabila berlakon di atas pentas dan dia perlu melihat keupayaan bintang filem itu dahulu sebelum dipilih.

"Berlakon di dalam filem atau depan kamera tidak sama apabila mereka perlu berlakon di atas pentas yang besar tanpa boleh silap sedikit pun.

"Sebenarnya jika seorang pelakon itu sudah berpuluh tahun berlakon di hadapan kamera sekalipun, belum tentu mereka boleh berlakon teater di atas pentas.

"Tenaga yang diperlukan juga berbeza, mereka perlu ada engergy yang luar biasa untuk berlakon secara live di hadapan beribu penonton yang hadir.

"Tambah pula ia merupakan teater muzikal, jadi mereka bukan sahaja perlu pandai berlakon malah perlu ada bakat dalam nyanyian dan tarian.

"Jadi ada sebab mengapa saya panggil pelakon-pelakon asal filem ini untuk diuji bakat dahulu sebelum dipilih menyertai pemetasan muzikal ini," katanya kepada Astro Gempak.

Tiara ditemui ketika uji bakat Ola Bola The Musical dijalankan di Enfiniti Academy, pada Ahad.

Mengulas mengenai peserta serta pelakon yang hadir untuk uji bakat pada hari tesebut, Tiara tidak sangka ia mendapat sambutan yang menggalakan termasuk kanak-kanak berusia seawal 10 tahun.

To all of you who took the trouble to come for today's #OlabolaMusical auditions, I'd just like to say a huge thank you to all 249 of you from the bottom of my heart. Kami tak pernah jangkakan seramai itu akan hadir, sampai sessi Audition cuma berakhir pada pukul 11 malam