BIARPUN sudah beberapa kali berjaya menjulang trofi anugerah sepanjang 17 tahun dalam pembabitan karier seni suara, namun hakikatnya penyanyi Misha Omar juga seperti manusia biasa yang lain.
Menurut Misha Omar atau Samihah Omar, beliau pernah mengalami fasa yang dirasakan sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri dari landskap seni hiburan tanahair.
“Tahun lalu anak saya kurang sihat dan nak berkarya pun agak terhad tambah pula dengan suara yang tidak begitu fit.
“Jadi, ada satu ketika saya pernah bercakap dengan diri sendiri, adakah ini petanda saya memang kena berhenti menyanyi?
BACA: Menyanyi sambil duduk, Misha Omar dapat pujian
“Bagaimanapun bila tahun ini keluarkan lagu, biarpun sekadar teaser sahaja, pendengar mula cover lagu tersebut sejurus saya kongsi di halaman media sosial pada bulan Mac lalu.
“Ya ALLAH… saya rasa sangat terharu. Single terbaharu berjudul Sampai Bila secara rasminya dikeluarkan bulan Mei dan masuk sahaja bulan Jun penerimaan daripada peminat itu sangat laju,” katanya kepada Sinar Harian.
BACA: Misha Omar raikan peminat menerusi video muzik 'Sampai Bila'
Malah Misha, 36, turut bertambah teruja apabila single terbaharunya berjaya menyerlah meski dihimpit dengan lambakan pelapis baharu.
“Lagu saya terselit di antara penyanyi budak baru nak up yang ramai, alhamdulillah… Saya tak tahu nak berterima kasih bagaimana. Itulah mereka yang sentiasa menyokong dan percayakan saya,” tambah Misha lagi.
Sinar Harian
Sat Nov 03 2018
Misha pernah mengalami fasa yang dirasakan sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri dari landskap seni hiburan tanahair. - Foto Sony Music Malaysia
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Penggiat seni kreatif digesa bijak ambil peluang bantuan disediakan kerajaan
Bantuan itu bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan pemain industri itu, malah menjamin masa hadapan produk kreatif negara.
Adakah ini petanda saya nak berhenti? - Misha Omar
Misha pernah mengalami fasa yang dirasakan sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri dari landskap seni hiburan tanahair.