Pelakon popular, Datuk Adi Putra dilaporkan mengambil keputusan untuk menikahi semula bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.

Menerusi satu entri Instagram yang dikongsikan oleh rakan baik pasangan itu yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid memuat naik foto di mana Adi Putra dilihat sedang menyarungkan cincin ke jari Aida dengan kapsyen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Ia disusuli dengan ucapan tahniah netizen dan mendoakan agar pasangan ini mengecapi kebahagiaan yang pernah dikecapi mereka satu ketika dahulu.