Malam kemuncak industri muzik negara, Anugerah Industri Muzik mencecah edisi ke-20 penganjurannya.

Menginjak usia 20 tahun, pastinya kematangan industri muzik tempatan menjadi perhatian ramai. Sejauh mana pengalaman penggiat industri muzik tempatan dalam mengemudi nakhoda muzik tempatan berjaya mengangkat nama negara ke pesada dunia.

Pastinya pada malam ini, antara kategori yang ditunggu-tunggu peminat muzik tempatan adalah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita serta dua kategori utama, Lagu Terbaik dan Album Terbaik.

Mencipta sejarah tersendiri dengan 11 kemenangan daripada 19 pencalonan, sekali lagi nama penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza membolosi senarai pencalonan akhir dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita menerusi lagu Galau.

Adakah tahun ini menjadi tahun Siti sekali lagi atau pun kemenangan berpihak kepada penyanyi Dayang Nurfaizah untuk menamatkan kemarau lima pencalonan yang belum pernah dimenanginya.

Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk Ning Baizura, Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Najwa Latiff, Zainal Abidin, Jay Jay, Dayangku Intan, Mas Idayu, Hafiz dan ramai lagi.

Dihoskan oleh Dato' Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad, AIM 20 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di Astro RIA.

Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik 2013

Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Sailing the Sahara – Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)
2. Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
3. Selamat Datang – Noraniza Idris Menampilkan Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)
4. Khilaf Pandangan – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
5. Fantasi Sahara – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
1. Janji Khalifah – Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
2. Pemula Langkah – Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
3. Zikir Susah Senang – Inteam (Amin Inteam / Amin Inteam)
4. Maafkan Aku – Nowseeheart (Azahari Nsh / Azahari Nsh)
5. Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Rave – Goldfish & Blink menampilkan Sona One & Arabyrd (Goldfish & Blink / Sona One & Arabyrd)
2. In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)
3. You’re So Fine – Guba & Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)
4. Keep On Movin – Joe PV & Joe Flizzow (Joe Pv, Jeffrey Little & Saiful Ridzuan / Joe Pv & Joe Flizzow)
5. Play Some Reggae Musik – Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)

Lagu Hip Hop Terbaik
1. Ini Janjiku (R&B Mix) – Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
2. Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)
3. Sebulatnya – The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Ziziz & Addeb Mahar)
4. Rembau Most Wanted – Waris (DJ Fuzz / Waris)
5. Botingkek – Waris menampilkan Juzzthin (DJ Fuzz / Waris & Juzzthin) (dibatalkan)

Artis Baru Terbaik
1. Alex Subryn
2. Jes Ebrahim
3. Mosyi
4. Sekumpulan Orang Gila
5. Yubi

Video Muzik Terbaik
1. Dwihati – Aizat Amdan menampilkan Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)
2. Tanpamu – Amir Jahari (Khairul Azri)
3. Jauh Ke Syurga – Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
4. Feraless Heart – Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
5. #1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
1. Forteen – Kita
2. Inteam – Syafaat-Mu
3. Nowseeheart – Maafkan Aku
4. Saujana – Salam Atasmu
5. UNIC – Ya Hanana

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
1. Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
2. Guba & Yuna – You’re So Fine
3. Noh Salleh & Aizat Amdan – In Love With You
4. Sleeq menampilkan Hazama – Lari
5. Velvet & Rich – Bersama Kamu

Lagu Pop Terbaik
1. Sekadar Mimpi – Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
2. Senafas Baru – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
3. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
4. Bosan – Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
5. Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Rock Terbaik
1. Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
2. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (Light & Bakri / Dark)
3. Panic – Bunkface (Sam Bunkface / Sam Bunkface)
4. Vortex – Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
5. Ulek Sayang – Hazama (Omar K / Omar K)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
1. Pesan Cinta – Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
2. Segalanya Tentang Kita – Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
3. Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
4. I Still Love You – Once (Youngky Soewarna, Marijati & Lina / Youngky Soewarna, Marijati & Lina)
5. Sayang – Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)

Kulit Album Terbaik
1. Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)
2. Faizal Tahir – Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
3. Goldfish & Blink – Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)
4. Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
5. Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Rakaman Album Terbaik
1. Akim Ahmad – Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
2. Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Felix Voon)
3. Kali Pertama – Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
4. Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)
5. O – Salammusik (Dubmalas)

Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu
1. "Gelisah" - Amir Jahari (Anas Amdan & Mike Chan)
2. "Bila Resah" - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)
3. "Hadiah" - Go Gerila! (Go Gerila!)
4. "Perjalanan" - Go Gerila! ft. Loque (Go Gerila!)
5. "Mungkinkah" - Hafiz Suip (AG Coco)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
1. Azlan & The Typewriter – Tanda Tanya
2. Faizal Tahir – Biar
3. Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
4. Hazama – Relakan Jiwa
5. Ronnie (Hyperact) – Hanya Aku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
1. Adira – Dewi Cinta
2. Dato’ Siti Nurhaliza – Galau
3. Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
4. Jaclyn Victor – Ikut Rentakku
5. Najwa Mahiaddin – Impian Terindah

Lagu Terbaik
Akan diumumkan.

Anugerah Kembara
Akan diumumkan

Anugerah Wirama
Akan diumumkan

Album Terbaik
1. Anuar & Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas - Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (Jenny Chin)
2. Kali Pertama - Asmidar (Audi Mok, Taja, Acap, Reza Ramsey, Hang Dimas & Aiyad Sakti)
3. Asalkan Aku OK - Awi Rafael (Awi Rafael & Hang Dimas)
4. Luahan Hati Anak Seni - Hafiz Suip (LY, Hafiz Suip, AG Coco, Ajai, Satria Anggun (Indo), Kuncidemak, Mohd. Atlan, Manusia Putih, Mega Pandawa (Indo) & Aiman)
5. Penglipur Lara - Hazama (Omar K, Audi Mok & Mike Chan)