PENYANYI popular Britney Spears telah dibenarkan keluar dari sebuah pusat rawatan mental yang dihuninya selama sebulan.

Menurut sumber, penyanyi berusia 37 tahun itu telah berehat secukupnya dan bersedia menjalani kehidupan harian seperti biasa.

"Britney telah keluar dari pusat rawatan mental pada Khamis (waktu tempatan) dan dibawa pulang ke rumah oleh teman lelakinya, Sam.

"Keputusan itu dibuat sendiri oleh Britney, namun dia masih dipantau walaupun sudah kembali ke rumah.

"Britney akan terus menjalani rawatan bersama doktor dan pakar terapi untuk memastikan keadaannya bertambah baik," kata sumber lagi

Terdahulu, Britney dimasukkan ke pusat rawatan mental kerana dipercayai mengalami depresi ekoran ayahnya, Jamie Spears mengalami masalah kesihatan yang serius.