Akibat main 'handphone' sewaktu memandu, lesen David Beckham kena gantung 6 bulan

Akibat main 'handphone' sewaktu memandu, lesen David Beckham kena gantung 6 bulan
Lesen memandu kapten pasukan England sebanyak 59 kali itu digantung selama enam bulan, lapor CNN. - Gambar fail/REUTERS
SELEPAS menyambut ulang tahun kelahiran ke-44 pada 2 Mei lalu, pemain bola sepak kacak yang terkenal di persada dunia, David Beckham mendapat perkhabaran kurang baik.

Lesen memandu kapten pasukan England sebanyak 59 kali itu digantung selama enam bulan, lapor
CNN.

Perkara tersebut merupakan hukuman kepada lelaki itu selepas Beckham mengaku bersalah menggunakan telefon pintar ketika memandu. 
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Bromley.

Suami kepada Victoria Beckham ini mengaku melakukan kesalahan terbabit ketika memandu kereta jenis Bentley di pusat bandar London pada November tahun lalu.






Tag: David Beckham, bola sepak, telefon pintar, London, England, lesen digantung


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.