PELAKON dan pengarah Hollywood, Joseph Gordon-Levitt, kini mencari bakat-bakat dari seluruh dunia untuk menyertai projeknya di platform media yang dinamakan HitRecord.

Menerusi beberapa entri di akaun media sosial, Gordon-Levitt turut mencari mereka yang fasih berbahasa Melayu.

Bermakna, jika anda terbabit atau berbakat dalam mana-mana cabang seni, tidak kira penyanyi, pemuzik, pelakon, penulis atau penyajak sekalipun, ada ruang untuk anda terlibat dalam projek tersebut.

Pelakon yang terkenal menerusi filem 500 Days of Summer itu turut memerlukan bakat dari Malaysia untuk terbabit dalam satu projek filemnya yang akan datang.

HIitRecord adalah platform media kolaboratif dalam talian yang diasaskan dan dimiliki oleh Gordon-Levitt.

Ia telah menghasilkan projek seperti filem pendek serta buku, dan telah menerbitkan filem pendek seperti Morgan M. Morgansen's Date with Destiny dan sekuelnya Morgan dan Destiny's Eleveneenth Date: The Zeppelin Zoo.

Sumber Facebook JoeGordonLevitt