Biarpun Zulin Aziz dan Sherry Alhadad telah pun membuat kenyataan bahawa khidmat mereka sebagai hos sebuah program hiburan berakhir disebabkan isu tamat kontrak, namun masih ada tuduhan-tuduhan liar yang menyalahkan Azwan Ali berikutan ketiadaan mereka di dalam program tersebut.
Kononnya, kedua-dua selebriti itu telah digugurkan yang mana Azwan Ali dikatakan sebagai punca dan penyebabnya.
Apa kata Azwan Ali?
Berikut adalah jawapan balas Azwan Ali sebaik saja diwawancara Portal Murai.
"Aku nak jadi hos Nona atau Wanita Hari Ini (WHI), kau mampu," soal Azwan Ali.
Biarpun lucu, namun jawapan Azwan Ali itu sebenarnya disampaikan dengan nada yang cukup sinis sekali dan pastinya ia satu pukulan yang sengaja diberikan buat penyebar-penyebar tuduhan liar tersebut.
Sambung Azwan lagi: "Saya tidak ada kena-mengena dengan isu ketiadaan mereka di dalam Melodi. Tolong hormat dengan apa jua keputusan yang dibuat sendiri oleh pihak TV3. Dan, berita yang disebarkan oleh bloggers-bloggers yang kononnya Azwan Ali bakal jadi hos baru Melodi TV3 adalah satu bidaah.
"Saya memang ada ke TV3 berpuluh kali, malah dalam bulan ini pun saya masih jejakkan kaki ke sana, tetapi sebab apa...biarlah rahsia (dalam mode nada Dato' Siti Nurhaliza).
"Melodi adalah sebuah program yang pernah mendapat sentuhan saya sebagai penerbit sewaktu zaman Fauziah Dato' Ahmad Daud mencipta kegemilangannya sebagai hos yang berkarektor. Sampai bila-bila pun saya tetap akan abadikan memori yang cukup manis itu.
"Walaupun saya tidak pernah diberi kepercayaan oleh TV3 untuk mengemudi Melodi sebagai hos, saya sentiasa reda sebab TV3 berhak memilih sesiapa yang mereka inginkan.
"Namun begitu, permintaan daripada berbilion peminat serta penyokong setia termasuk rakan-rakan artis di Twitter serta Instagram yang mahukan saya mengambil alih Melodi, amat menyentuh hati.
"Malah, apabila saranan mereka yang tidak henti-henti di kedua-dua laman sosial ini, air mata saya menitis, kerana saya beranggapan ianya adalah satu penghormatan yang cukup besar buat diri saya.
"Saya akui dua hos baru Melodi agak gagal dan saya sendiri ada menyuarakan perkara tersebut kepada Michelle selaku penerbitnya secara direct. Tetapi, pada waktu yang sama, saya tiada ada kena-mengena dengan ketiadaan mereka.
"Kepada 'haters-haters' yang boleh dibilang dengan jari dan sentiasa 'panas punggung' dengan Azwan Ali, tolong hentikanlah menyalak dengan mengatakan kononnya saya tidak layak jadi hos Melodi.
"Apapun, pada tahun 2015, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan Media Prima dan saya terima apa pun jawatan saya nanti.
"Thank you kepada Tan Sri Johan Jaafar (JJ) kerana amat menghormati seseorang yang bernama Azwan Ali. Dialah orang pertama yang menjawab ucapan Selamat Tahun Baru 2015 daripada saya," kata Azwan Ali kepada murai.com.my
murai
Sun Jan 04 2015
Azwan Ali yang dikenali dengan mulut lancangnya berkata yang beliau menyimpan hasrat untuk menjadi hos 'Nona' atau 'Wanita Hari Ini'. - Foto murai.com
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kontroversi selebriti menari: 'Apa salah kami?' - Peniaga menangis ekspo diarah tutup
Gara-gara seorang selebriti terkenal tanah air menari ala dangdut di atas pentas mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan Karnival Fiesta Raya Baling 2024 diarah tutup serta-merta.
PRN: "Bukan darah daging jadi percaturan" - Azwan Ali antara pengundi terawal di DUN Hulu Kelang
Azwan ubah fikiran saat akhir keluar mengundi kerana memahami satu undi daripadanya amat bernilai untuk proses demokrasi.
PRU15: Azwan Ali cabar Azmin di Gombak
Azmin Ali akan turut ditentang oleh adiknya sendiri, Azwan Ali pada PRU15.
Azwan Ali under probe for allegedly mocking emergency proclamation - Bukit Aman
Police are investigating a video clip of famous personality Azwan Ali allegedly mocking the Proclamation of Emergency by the Yang di-Pertuan Agong.
Hina petugas Hospital Putrajaya, Azwan Ali didenda RM17,000
Artis kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menghina petugas KKM di Hospital Putrajaya.
Nik Omar, Azwan Ali antara calon hilang deposit
Pasti semua sedia maklum bahawa calon Pilihan Raya Umum ke-14 perlu mengemukakan wang deposit untuk bertanding sama ada bagi kerusi Parlimen dan DUN.
Tanding PRU sebab agenda peribadi? Itu cakap-cakap 'haters' - Azwan Ali
Azwan mahu menumpukan perhatian terhadap usahanya mendekati rakyat yang menjadi agenda utama dalam kempennya.
Penamaan calon ditutup, BN peroleh kemenangan pertama
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Rantau tanpa bertanding.
Amboi, amboi, amboi ... calon bebas Azwan Ali tampil bergaya
Selebriti popular Azwan Ali tampil selaku calon paling bergaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini berbanding calon-calon lain yang mengenakan pakaian parti masing-masing.
Bertanding dengan logo gajah, ini 8 perkara anda perlu tahu tentang Azwan Ali
Lapan fakta menarik tentang Azwan Ali yang bakal bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa bagi PRU14.