PELAKON Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat mendedahkan dia pernah ditimpa dengan dugaan yang berat selepas mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi 10 tahun lalu.

Antaranya Ekin memberitahu dia telah difitnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh masyarakat ketika itu.

Namun Ekin bersyukur kerana rumah tangganya dapat bertahan dan bahagia hingga ke hari ini kerana Mawi atau Asmawi Ani seorang yang penyabar dan penyayang.

“Alhamdulillah dah 10 tahun bersama x terasa, MasyaAllah tq @cahayaasmawi sbb byk mengajar i erti kesabaran dan kawal baran hahaha.. Syukur walaupun byk suka duka yg dtg kita tetap chill n senyum jer ek.

“Touching tgk gambo ni...Masa ni macam2 dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yg melebelkan aku kaki kikis la, kaki bomoh la hahaha.. ayooo camna la org2 tu semua nk mintak maaf ek atas fitnah2 dieorg ermm Serammmm..

“Nway Happy Anniversary to my beloved one @cahayaasmawi semoga awk sentiasa ada dgn saya sampai keakhir nafas saya yek hehe Amin ailabbiu..”
tulisnya.

Ekin berkongsi perkara tersebut sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik fotonya menangis di hari pernikahannya.

Rata-rata kagum melihat kekuatan Ekin dan mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 6 tahun.

Alhamdulillah dah 10 tahun bersama x terasa, MasyaAllah tq @cahayaasmawi sbb byk mengajar i erti kesabaran dan kawal