Tutup

Alvin Chong percaya Emma Maembong mampu hadapi dugaan

Alvin Chong percaya Emma Maembong mampu hadapi dugaan
Menurut Alvin pada ketika itu Emma memerlukan masa untuk bersendirian. - Foto Instagram
PELAKON dan penyanyi Alvin Chong akui berhubung dengan aktres Emma Maembong selepas fotonya sedang menikmati pizza di sebuah restoran mendapat perhatian netizen.

Menurut Alvin pada ketika itu Emma memerlukan masa untuk bersendirian.

"Saya ada hubungi Emma selepas fotonya sedang menikmati pizza menjadi bualan netizen.

"Emma hanya beritahu dia memerlukan masa jadi saya faham dengan keadaannya.
"Orang lain tidak alami situasi seperti dia, jadi tidak ada hak untuk komen apa-apa. Kalau ingin berkata sesuatu, duduk di tempat dia dahulu.

"Lebih baik kita doakan yang baik untuk dia bukannya menyebarkan aura kebencian dalam dalam kehidupan," katanya kepada Gempak.
Alvin ditemui ketika penggambaran siri web Why So Famous di Shah Alam semalam.

Mengulas lebih lanjut lagi, pelakon filem Awak Suka Saya Tak itu percaya Emma mampu menghadapi segala dugaan yang datang dalam kehidupannya.

"Kita tidak tahu keadaan sebenar dan yang kecam dia saya pasti bukan dari kalangan rakan rapat.

"Bagi saya kalau Emma tahu niatnya hanya untuk makan pizza di situ jadi dia tidak bersalah.

"Kita sebagai kawan perlu percaya dengannya. Kalau dia ada buat salah, dia harus tanggung.

"Netizen sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum kecam.

"Apa salahnya kalau memberi teguran secara baik terutamanya bagi golongan yang beragama Islam. Cara teguran itu adalah cermin kepada diri sendiri.

"Walaubagaimanapun, saya tahu Emma mampu untuk mengawal situasi seperti itu. Sebelum ini pun sudah terjadi beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya," tambahnya lagi.

Terdahulu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail memaut lokasi sebuah restoran di Sungai Buluh, Selangor namun menjadi isu apabila netizen mendakwa foto tersebut lokasinya di sebuah kelab malam.
 


Tag: Emma Maembong, Alvin Chong, menikmati pizza di sebuah restoran, Shah Alam, filem, Islam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.