Anugerah Muzik Amerika 2018 (AMAs) yang berlangsung hari ini menyaksikan mendiang 'rapper' XXXTentacion dianugerahkan Album terbaik Soul/R&B' untuk albumnya '17.'
Dia berjaya mengalahkan dua pesaing terhebat iaitu SZA dan juga Khalid bagi kategori tersebut.
XXXTentacion atau nama sebenarnya Jahseh Onfroy telah dibunuh dalam satu kejadian cubaan merompak yang berlaku di Broward County, Florida, Jun lalu ketika dia berusia 20.
Sejak kematian penyanyi rap tersebut Ibunya , Cleopatra Bernard, sentiasa berhubung bersama dengan peminat-peminat mendiang anaknya itu di media sosial.
Bernard yang menerima anugerah itu berkata dalam sebak "Saya rasa bertuah untuk menerima anugerah ini mewakili anak saya. Saya ingin berterima kasih kepada AMAs, peminat mendiang, dan semua yang membuatkan ini menjadi kenyataan. Terima kasih semua, saya amat menghargainya."
Pada malam tersebut juga, sensasi popTaylor Swift berjaya membawa pulang empat anugerah utama iaitu anugerah Artis Wanita Pop/Rock Pilihan , Album Pop/Rock Pilihan menerusi Album "Reputation" , Konsert Jelajah Popular dan juga dinobatkan sebagai Artis Popular keseluruhan.
Cardi B dan juga Drake antara yang mendapat percalonan terbanyak iaitu sebanyak lapan percalonan bagi AMAs 2018.
Cardi B berjaya membawa pulang tiga anugerah iaitu anugerah Penyanyi Rap/Hip Hop terbaik, Lagu Rap/Hiphop Terbaik dan juga Lagu Soul/R&B terbaik menerusi lagu duet Finesse bersama Bruno Mars.
Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs ) yang berlangsung di Panggung Microsoft, Los Angeles dihoskan Tracee Ellis Ross
Berikut merupakan keputusan penuh keputusan Anugerah Muzik Amerika 2018 ( AMAs ) :
ARTIS POPULAR
Taylor Swift
ARTIS BARU POPULAR
Camila Cabello
KOLABORASI POPULAR
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"
KONSERT JELAJAH POPULAR
Taylor Swift
MUZIK VIDEO POPULAR
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"
ARTIS SOSIAL PILIHAN
BTS
ARTIS LELAKI POP/ROCK PILIHAN
Post Malone
ARTIS WANITA POP/ROCK PILIHAN
Taylor Swift
DUO ATAU KUMPULAN POP/ROCK PILIHAN
Migos
ALBUM POP/ROCK PILIHAN
Taylor Swift, 'reputation'
LAGU POP/ROCK PILIHAN
Camila Cabello ft. Young Thug, "Havana"
ARTIS LELAKI COUNTRY PILIHAN
Kane Brown
ARTIS WANITA COUNTRY PILIHAN
Carrie Underwood
DUO ATAU KUMPULAN COUNTRY PILIHAN
Florida Georgia Line
ALBUM COUNTRY PILIHAN
Kane Brown, "Kane Brown"
LAGU COUNTRY PILIHAN
Kane Brown, "Heaven"
ARTIS RAP/HIP-HOP PILIHAN
Cardi B
ALBUM RAP/HIP-HOP PILIHAN
Post Malone, "beerbongs & bentleys"
LAGU RAP/HIP-HOP PILIHAN
Cardi B "Bodak Yellow (Money Moves)"
ARTIS LELAKI PILIHAN SOUL/R&B LAGU PILIHAN
Khalid
ARTIS WANITA PILIHAN SOUL/R&B
Rihanna
ALBUM PILIHAN - SOUL/R&B
XXXTENTACION "17"
LAGU PILIHAN SOUL/R&B
Bruno Mars & Cardi B "Finesse"
ARTIS PILIHAN - ALTERNATIF ROCK
Panic! At The Disco
ARTIS PILIHAN - KONTEMPORARI DEWASA
Shawn Mendes
ARTIS PILIHAN - LATIN
Daddy Yankee
ARTIS KONTEMPORARI BERPENGARUH PILIHAN
Lauren Daigle
ARTIS ELECTRONIC DANCE MUSIC (EDM) PILIHAN
Marshmello
RUNUT BUNYI PILIHAN
Black Panther
Agensi
Wed Oct 10 2018
XXXTenticion dinobatkan anugerah Album terbaik Soul/R&B manakala Taylor Swift dinobatkan sebagai Artis Popular sempena AMAs 2018 - Astro AWANI
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
BTS raih dua anugerah di AMA 2020
Biarpun tidak dapat menghadiri majlis anugerah itu, mereka mempersembahkan dua lagu iaitu 'Dynamite' dan lagu baharu 'Life Goes On' dari Stadium Seoul.
AMAs : Taylor Swift menang besar, kemenangan XXXTentacion buat peminat sebak
XXXTentacion telah dianugerahkan Album terbaik Soul/R&B' di Anugerah Muzik Amerika 2018 (AMAs) untuk Albumnya '17.'
Persenda Melania Trump ketika berucap di AMA, model Gigi Hadid dikecam
Model antarabangsa terkenal, Gigi Hadid mengundang kecaman netizen susulan tindakannya mempersenda isteri kepada bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Melania Trump.