Tutup

"Anak 5 orang, 3 orang tak ada kat Malaysia" - Farah Lee risau keadaan ibu

"Anak 5 orang, 3 orang tak ada kat Malaysia" - Farah Lee risau keadaan ibu
Menurut Farah yang kini berada di United Kingdom untuk menyambung pengajian, ibunya tersadung pintu bilik dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
BEKAS isteri pengacara popular Ally Iskandar, Farah Lee menyuarakan kebimbangan akan keadaan kesihatan ibunya yang retak tulang kaki.

Menurut Farah yang kini berada di United Kingdom untuk menyambung pengajian, ibunya tersadung pintu bilik dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Get well soon Mama. Anak 5 orang, 3 orang takde kat Malaysia, time ni pula nak jatuh retak tulang kaki.

"Tak apa insha-Allah banyak hikmah tu.
"Mama balik Terengganu, tersadung depan pintu bilik. 

"Now warded kat KTS (Kuala Terengganu Specialist Hospital). Siapa free jemput melawat Mama ya, bagi dia happy sikit. 
"Confirm sedih tu rindu anak dia jauh-jauh belaka. Yang tak dapat visit mohon doakan Mama ya, biar Mama cepat sihat. Mak saya ni hati tisu sikit," tambahnya.

BACA: Bekas isteri Ally Iskandar bawa anak sambung belajar di UK
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Get well soon Mama